Ya Allah Ya tuhanku.. Kau linduingilah hamba-hambamu ini Ya Allah.. aku bukan hambamu yang sempurna, tapi tunjuk kan lah aku ke jalan kebenaran, jalan yang diredhaiMu Ya Allah.. Tunjukkan la juga jalan yang lurus kepada saudara-saudara seagamaku di tanah air ku yang tercinta Ya Allah.. Bumi Malaysia..
Semalam, aku dapat email dari Malaysian Community of Old Trafford (MCoT) kat Manchester ni.. email tu mencerita kan tentang kejadian di Malaysia yang sedang berlaku sekarang.. Aku menangis.. menitik air mata ini memikirkan kejadian di negara sendiri yang rata-rata nya beragama Islam.. Ya Allah, ape sudah jadi???
Seramai 17,303 anak luar nikah di daftar kan pada tahun 2009!!! Itu yang di daftar! yang kene buang kat longkang, tepi jalan, dalam semak, dalam mangkuk tandas, dalam sungai bnyk mana pula???? Sedihhh.. sedihhh.... Macam ni rupenya keadaan di negara ku yang majority nye, umat Islam?? Macam ni ke???
Kenapa semua ini berlaku??? Kenapa???
Ya Allah... Hanya kau yang maha mengetahui segala sesuatu...
Zina jadi perkara BIASA... Buang baby, yang juga seorang insan yang sudah cukup sifat, yang sudah di tiup kan roh ke dalam jasadnya, yang mungkin bakal menjadi seorang yg membawa cahaya kebenaran pada generasi akan datang, DIBUANG-BUANG macam tu je???
Astaghfirullahalazim...
Cukup segala sifat, comel, montel.. tapi terbaring layu atas jalan di penuhi darah2...
binatang ke manusia ni????
demi nak tutup malu, takutkan tohmahan orang atas dunia, kau sanggup gadai kan kedudukan kau di sisi ALLAH SWT... dah tahu buat salah berzina, jadi pembunuh pulak???
aku memang tahu, kes buang anak, lahirnye anak luar nikah ni semua memang dah berleluasa lama di Malaysia.. Tapi, bila baca sendiri statistik yang di lapor kan tu (17,303)... hati ini hancur luluh!!! itu untuk 2009.. 2010 ni tak tahu la macam mane.. budak darjah 6, dah pandai cakap perkara lucah.. budak tingkatan 1, dah lahirkan anak luar nikah.. mana silapnya...
Seperti yang aku cakap tadi.. aku bukan manusia sempurna... aku bukan manusia istimewa yang terlepas dari buat dosa.. aku bukan maksum yang berdarjat tinggi di sisi Allah SWT.. Tapi, selagi otak ini maseh berakal, maseh sehat, maseh diberi nikmat dari Allah SWT dengan kesedaran untuk berasa sedeh mendengar perkara seperti ini, aku meluah kan perasaan di sini..
Tolong la sayangku... adik-adikku... saudara-saudaraku... Jaga lah diri.. Takut lah kepada Penciptamu yang satu.. Ingat la orang-orang tuamu.. mak dan ayah.. adik beradik.. tak sayang ke kepada keluarga sendiri?? jaga lah hati mereka..
Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya.. (Al-Ma'un:4-5)
Apa maknanya??? asalkan seseorang itu solat, tapi lalai terhadap solatnya pun dikata kan CELAKA.. Apetah lagi zina yang di bangga-banggakan, dan membunuh nyawa-nyawa yang tidak berdosa??? (lalai ni, contohnya, melambat2 kan solat, tak khusyu' ke.. )
Aku takuttttt...
Rasanya belom pernah aku mendapat nikmat khusyu' dalam solat tu.. aku selalu melambat2 kan solat.. Selalu terpikir perkara lain ketika mengadap Allah ketika solat.. MasyaAllah.. Ampun kan dosa ku Ya Allah... semoga di jauh kan aku dari golongan yang celaka itu..
Tapi....
kenapa di negara sendiri jadi macam ni.. kenapa..
kenapa nyawa manusia di buat main??? kenapa perkara keji jadi keseronokan???
Aku sangat-sangat bersyukur datang sini.. datang bumi UK ni.. datang dibumi yang dikira asing sebagai seorang Islam jika dibandingkan di negara sendiri yang dipenuhi masyarakat Islam.. Tapi di sini, pengisian rohani tak payah nak cari.. melambak depan mata... Talk tentang kesedaran Islam ada di sana-sini.. masing-masing berkejar-kejaran mencari kelapangan untuk menuntut ilmu.. bukan sahaja akademik, tetapi juga Ilmu akhirat.. Tak dapat nak keluar dari bilik sebab coursework yang menimbun, talk online pun ada.. email-email tentang current issues memenuhkan inbox setiap hari.. masing2 berpesan2 sesama sendiri di sini.. masing-masing mengambil berat sesama sendiri.. sesuatu yang aku tak dapat dulu ketika belajar di Malaysia.. dengki sesama manusia melebihi segala-galanya.. perkara remeh di utamakan, di besar-besarkan.. (bukan semua k.. ramai je yg baik, prihatin.. especially sume yg menjadi bestfren aku.. :-) just nak bagi tahu pengalaman je..)
di sini? aku dapat merasakan kasih sayang sesama manusia..
Sayang sesama saudara seIslam, sayang kerana Allah SWT...
dulu aku tak faham apa maksud sayang kerana Allah SWT...
sekarang aku dah faham... manisnya perasaan itu.. :-)
Alhamdulillah...
Terima kasih atas nikmat mu yang tak terhingga ini Ya Allah..
Semoga usaha kami diberkati.. dan sentiasa berada di landasan Mu Ya Allah..
amin...